KENALAN

   Untuk mengetahui siapa kenalan kita, kita hanya perlu jawab soalan di bawah:

'Siapa yang kita kenal dalam hidup kita?'


   Bukan mudah juga kalau hendak kita senarai atau, sebut kesemuanya kan? Bermula dari keluarga kita hinggalah ke orang yang kita kenali dari sumber-sumber tertentu contohnya: televisyen, majalah, aplikasi sosial dan pelbagai lagi, jumlahnya memang teramat ramai. Jadi adakah itu 'kenalan' kita?


   Dari kata-kerja (verb) 'kenal', terbitlah kata-nama yang diletakkan imbuhan 'an', iaitu 'kenalan'. Namun Kata-nama Terbitan 'kenalan' ini, bukanlah mewakili atau memberi maksud kesemua orang yang kita kenal yang saya sebutkan di atas sebentar tadi kerana, dalam ramai-ramai orang yang kita kenal itu ada diantaranya adalah ahli keluarga kita. Jadi, siapa yang sepatutnya tergolong dalam kenalan? Selaluinya kenalan itu akan ada soalan sebegini:

- Dari mana awal kenal dia?
- Macamana awak boleh kenal dia?
- Bila awak kenal dia?
- Sudah berapa lama awak kenal dia?
- Awak selalu ke keluar dengan dia?



   Kadang-kadang, ada kenalan yang kita tidak tahu nama dia pun. Di mana dia tinggal, dan ada beberapa lagi identitinya yang samar-samar sahaja kita ketahui. Selaluinya pada akhir pertanyaan, kita akan beritahu dengan jawapan begini:

'Manalah saya tahu, dia bukan kawan saya pun. Cuma saya kenal saja. Itu pun ketika balik dari kerja dalam bas (atau dalam whatsapp atau FB atau sebagainya)'


Itulah ciri-ciri kenalan.


Bagaimana pula ciri-ciri rakan, teman, kawan dan sahabat?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
🤔 Nice. I like it.

Catatan Popular